TEKNIK MENJAWAB GEOGRAFI KERTAS DUA
Kertas dua Geografi mengandungi 2 bahagian yang perlu dijawab. Iaitu
BAHAGIAN A : MALAYSIA | |
BAHAGIAN B : MALAYSIA DAN DUNIA LUAR. |
PERUNTUKAN MARKAH.
Peruntukan markah dalam kertas dua geografi adalah seperti berikut:
Soalan yang dikemukan sebanyak 8 soalan kesemuanya. | |
Perlu dijawab 4 soalan, dua dari bahagian A dan dua dari bahagian B. | |
Setiap soalan diperuntukan 25 markah. | |
Empat soalan dijawab semuanya 100 markah. | |
Markah keseluruhan kertas ialah 60 % daripada markah Geografi. |
BIDANG-BIDANG YANG DIBERIKAN MARKAH
Terdapat beberapa aspek yang akan diberi markah oleh pemeriksa bergantung kepada
skema markah dari Lembaga Peperiksaan.
Markah akan diberi kepada aspek-aspek
ISI | |
HURAIAN ISI | |
CONTOH |
Pelajar-pelajar boleh mendapat markah lebih jika sekiranya dapat menyenaraikan
contoh yang disertakan dengan isi dan huraian isi. Lihat contoh soalan di bawah:
1. Apakah sebab-sebah yang mendorong pelancong datang ke negara kita
Malaysia?
Contoh Jawapan:
Malaysia mempunyai pantai-pantai yang cantik dengan permandangan |
yang menarik. [isi]
pelancong-pelancong boleh berehat dan menyelam,berenang dan bermain |
luncur air. [hurian isi]
Seperti Pantai Desaru, Pantai Cahaya Bulan dan Pantai Tanjung Aru [contoh] |
Pelajar-pelajar boleh mendapatkan markah tambahan jika dapat menyenaraikan senarai contoh (sekurang-kurangnya tiga contoh).
Walau bagaimanapun perlu diberi perhatian contoh yang pertama MESTI betul. Contoh
Pantai Desa Ru,Pantai Cahaya Bulan dan Pantai Tanjung Aru. [2 markah] | |
Pantai Desa Ru, Pantai Miami dan Pantai Tanjung Aru.{1 markah] | |
Pantai Miami,Pantai Cahaya Bulan dan Pantai tanjung Aru.[0 markah] |
Markah tidak akan diberi kepada jawapan yang umum,tidak sesuai,samar-samar,
negatif dan isi yang diulang semula.Misalnya:
Cuaca yang sesuai menggalakan perlancongan di Malaysia [umum] | |
Cuaca ini pula sering membawa pelbagai penyakit [negatif] | |
Penduduk Malaysia hanya meraikan satu perayaan sahaja [salah] | |
Matawang yang rendah berbanding negara-negara lain [samar-samar] |
BENTUK-BENTUK SOALAN
1. Soalan Bentuk Faktor/Pengaruh.
Soalan dalam bentuk ini adalah yang paling sukar dijawab dan mudah terpesong |
dari kehendak soalan.
Memerlukan cara menjawab yang tersendiri. |
Contoh soalan faktor: |
a. Huraiakan faktor-faktor yang mempengaruhi perikanan di Malaysia.
b. Bagaimana faktor-faktor geografi mempengaruhi perlancongan di Malaysia
Contoh-contoh soalan di atas menunjukkan, ianya meminta pelajar-pelajar menghuraikan
bagaimana/kenapa/mengapa sesuatu fenomena geografi menjadikanya sedemikian.
Faktor-faktor geografi ialah:
a. Faktor Fizikal
Bentuk muka bumi. | |
Iklim | |
Tanah | |
Sumber alam |
b. Faktor-faktor Manusia
Pasaran | |
Teknologi | |
Modal | |
Tenaga buruh | |
Pengangkutan | |
Galakan kerajaan | |
Sejarah |
Jawapan pelajar-pelajar harus mengandungi:
Jenis aktiviti + lokasi + faktor-faktor. |
2. Soalan Berkaitan Dengan Peta
Terdapat 2 bentuk soalan peta:
a. Peta sebagai pecahan daripada satu soalan.
soalan yang biasa dikemukakan:
i. menanda dan menamakan
ii menandakan sahaja
iii menamakan sahaja
iv melorekkan
I. menanda dan menamakan:
ketepatan dalam lingkungan 2m dari tempat asal. | |
tanda yang terlalu besar tidak akan diterima. | |
tanda betul + nama betul=2m | |
tanda betul + nama salah=1m | |
tanda salah + nama betul=0m |
II melorekkan
jawapan dalam bentuk titik tidak akan diterima. | |
ketepatan di antara 50-100%. | |
lorekan bertindih bagi kegiatan berlainan diterima. | |
lambang/abjad/huruf tidak akan diterima | |
lorekkan mesti ada petunjuk. |
b. Peta Lakar Sebahagian Daripada Jawapan.
3. Soalan Dalam Bentuk Data
Terdapat dalam dua bentuk data tersirat dan data tersurat.
a. Data Tersirat
4 comments:
adakah soalan esei kene jawab dlm bentuk esei atau jika menjawap dalam points marhkah akan diberi??
Boleh tak jawab soalan geografi kertas dua dalam bentuk point2??
jawab dalam esei lebih selamat.. jawab dalam point boleh tapi menunjukkan kurang kematangan dalam menjawab dan kemungkinan markah will be deducted
Hi,saya nak tanya.Bagaimana nak menjawab soalan geografi yang menyuruh kita untuk menjawab dalam huraian yang lengkap.
Post a Comment