Guru

Dahulu.....
aku dididik oleh insan guru,
dahulu.....
aku diajar tentang hidup oleh insan guru
dahulu....
aku diberi ilmu oleh insan guru
kini.....
aku sebagai insan guru.....
mampukah aku melahirkan insan yang lebih baik dari aku?

Wednesday, March 31, 2010

Tips SPM Geografi 2009

Tips SPM Geografi 2009

Di bawah ini adalah fokus untuk Geografi SPM tahun 2009. Pelajar diminta membuat persiapan untuk semua topik Tingkatan 4 dan 5, dan memberi perhatian kepada topik-topik berikut:

FOKUS SPM GEOGRAFI 2009
KERTAS 2


BAHAGIAN A:
1. Bearing
2. Skala dan jarak
3. Keratan rentas, lampauan tegak
4. Fungsi petempatan
5. Simbol

BAHAGIAN A (SOALAN STRUKTUR NO.6 & 7):
1. Struktur bumi, jenis batuan
2. Pergerakan plat tektonik, gunung berapi
3. Tindakan air mengalir, gerakan jisim
4. Terumbu karang, jenis dan faktor
5. Sistem suria – putaran bumi, peredaran bumi, zon waktu
6. Suhu, hujan, carta angin

BAHAGIAN B (ESEI):
1. Kesan rumah hijau, penipisan lapisan ozon, pulau haba, hujan asid, jerebu
2. Pembandaran – kesan, masalah dan langkah
3. Sumber hutan, mineral - kesan dan pengurusan
4. Sektor pembuatan – faktor, kepentingan, kesan dan langkah
5. Sektor perkhidmatan (pelancongan) - faktor, kepentingan,kesan dan langkah
6. Sektor pembinaan - faktor, kepentingan, kesan dan langkah
7. Graf - carta pai
8. Melabel peta - sumber mineral, bandar, pertaian, taman negara.

No comments: