TEKNIK MENJAWAB GEOGRAFI KERTAS DUA
Kertas dua Geografi mengandungi 2 bahagian yang perlu dijawab. Iaitu
![]() | BAHAGIAN A : MALAYSIA |
![]() | BAHAGIAN B : MALAYSIA DAN DUNIA LUAR. |
PERUNTUKAN MARKAH.
Peruntukan markah dalam kertas dua geografi adalah seperti berikut:
![]() | Soalan yang dikemukan sebanyak 8 soalan kesemuanya. |
![]() | Perlu dijawab 4 soalan, dua dari bahagian A dan dua dari bahagian B. |
![]() | Setiap soalan diperuntukan 25 markah. |
![]() | Empat soalan dijawab semuanya 100 markah. |
![]() | Markah keseluruhan kertas ialah 60 % daripada markah Geografi. |
BIDANG-BIDANG YANG DIBERIKAN MARKAH
Terdapat beberapa aspek yang akan diberi markah oleh pemeriksa bergantung kepada
skema markah dari Lembaga Peperiksaan.
Markah akan diberi kepada aspek-aspek
![]() | ISI |
![]() | HURAIAN ISI |
![]() | CONTOH |
Pelajar-pelajar boleh mendapat markah lebih jika sekiranya dapat menyenaraikan
contoh yang disertakan dengan isi dan huraian isi. Lihat contoh soalan di bawah:
1. Apakah sebab-sebah yang mendorong pelancong datang ke negara kita
Malaysia?
Contoh Jawapan:
![]() | Malaysia mempunyai pantai-pantai yang cantik dengan permandangan |
yang menarik. [isi]
![]() | pelancong-pelancong boleh berehat dan menyelam,berenang dan bermain |
luncur air. [hurian isi]
![]() | Seperti Pantai Desaru, Pantai Cahaya Bulan dan Pantai Tanjung Aru [contoh] |
Pelajar-pelajar boleh mendapatkan markah tambahan jika dapat menyenaraikan senarai contoh (sekurang-kurangnya tiga contoh).
Walau bagaimanapun perlu diberi perhatian contoh yang pertama MESTI betul. Contoh
![]() | Pantai Desa Ru,Pantai Cahaya Bulan dan Pantai Tanjung Aru. [2 markah] |
![]() | Pantai Desa Ru, Pantai Miami dan Pantai Tanjung Aru.{1 markah] |
![]() | Pantai Miami,Pantai Cahaya Bulan dan Pantai tanjung Aru.[0 markah] |
Markah tidak akan diberi kepada jawapan yang umum,tidak sesuai,samar-samar,
negatif dan isi yang diulang semula.Misalnya:
![]() | Cuaca yang sesuai menggalakan perlancongan di Malaysia [umum] |
![]() | Cuaca ini pula sering membawa pelbagai penyakit [negatif] |
![]() | Penduduk Malaysia hanya meraikan satu perayaan sahaja [salah] |
![]() | Matawang yang rendah berbanding negara-negara lain [samar-samar] |
BENTUK-BENTUK SOALAN
1. Soalan Bentuk Faktor/Pengaruh.
![]() | Soalan dalam bentuk ini adalah yang paling sukar dijawab dan mudah terpesong |
dari kehendak soalan.
![]() | Memerlukan cara menjawab yang tersendiri. |
![]() | Contoh soalan faktor: |
a. Huraiakan faktor-faktor yang mempengaruhi perikanan di Malaysia.
b. Bagaimana faktor-faktor geografi mempengaruhi perlancongan di Malaysia
Contoh-contoh soalan di atas menunjukkan, ianya meminta pelajar-pelajar menghuraikan
bagaimana/kenapa/mengapa sesuatu fenomena geografi menjadikanya sedemikian.
Faktor-faktor geografi ialah:
a. Faktor Fizikal
![]() | Bentuk muka bumi. |
![]() | Iklim |
![]() | Tanah |
![]() | Sumber alam |
b. Faktor-faktor Manusia
![]() | Pasaran |
![]() | Teknologi |
![]() | Modal |
![]() | Tenaga buruh |
![]() | Pengangkutan |
![]() | Galakan kerajaan |
![]() | Sejarah |
Jawapan pelajar-pelajar harus mengandungi:
![]() | Jenis aktiviti + lokasi + faktor-faktor. |
2. Soalan Berkaitan Dengan Peta
Terdapat 2 bentuk soalan peta:
a. Peta sebagai pecahan daripada satu soalan.
soalan yang biasa dikemukakan:
i. menanda dan menamakan
ii menandakan sahaja
iii menamakan sahaja
iv melorekkan
I. menanda dan menamakan:
![]() | ketepatan dalam lingkungan 2m dari tempat asal. |
![]() | tanda yang terlalu besar tidak akan diterima. |
![]() | tanda betul + nama betul=2m |
![]() | tanda betul + nama salah=1m |
![]() | tanda salah + nama betul=0m |
II melorekkan
![]() | jawapan dalam bentuk titik tidak akan diterima. |
![]() | ketepatan di antara 50-100%. |
![]() | lorekan bertindih bagi kegiatan berlainan diterima. |
![]() | lambang/abjad/huruf tidak akan diterima |
![]() | lorekkan mesti ada petunjuk. |
b. Peta Lakar Sebahagian Daripada Jawapan.
3. Soalan Dalam Bentuk Data
Terdapat dalam dua bentuk data tersirat dan data tersurat.
a. Data Tersirat