Guru

Dahulu.....
aku dididik oleh insan guru,
dahulu.....
aku diajar tentang hidup oleh insan guru
dahulu....
aku diberi ilmu oleh insan guru
kini.....
aku sebagai insan guru.....
mampukah aku melahirkan insan yang lebih baik dari aku?

Monday, August 2, 2010

Falsafah di sebalik pemansuhan UPSR

Falsafah di sebalik pemansuhan UPSR

Oleh WAHID HASHIM
wahid.hashim@utusan.com.my
PENGGUBALAN apa juga sistem dan proses dalam pendidikan memang dibenarkan. Hal ini kerana Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) tidak mengehadkan seseorang pelajar untuk membuat apa, menjadi apa atau bersikap bagaimana ketika berada dalam sistem.

Asalkan pelajar boleh menyesuaikan diri mereka dengan pelbagai perubahan yang berlaku sepanjang hayat mereka, maka sistem dibenarkan untuk berubah.

Guru perlu tahu dan faham akan hal ini kerana kebanyakan yang kurang senang dengan cadangan itu, khabarnya ialah mereka - para guru sendiri.

Sebenarnya, kita tidak perlu bimbang akan keselesaan dan kesenangan yang kita kecapi selama ini akan tergugat kalau yang kita fikirkan ialah masa depan anak-anak kita dan negara.

Jadi, bila ada cadangan untuk memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) saya tidak ada alasan untuk membuat bantahan kerana sistem pendidikan kita terbuka kepada perubahan yang dinyatakan dalam FPK.

Namakan apa sahaja - evolusi, revolusi, penambahbaikan - tujuannya adalah sama, menyediakan anak-anak kita dengan perubahan yang bersesuaian dengan zamannya nanti.

Memang tidak ada yang kekal di muka bumi Allah ini kecuali perubahan. UPSR bukan makalah wahyu yang tidak boleh diubah semata-mata ia telah dilaksanakan lebih daripada 15 tahun.

Secara asasnya, FPK - daripada dahulu sehingga sekarang - ialah pembangunan modal insan bermatlamat memperkembang potensi individu secara menyeluruh, untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, jasmani, rohani dan emosi.

Hal ini bertujuan untuk melahirkan pekerja yang berilmu dan berketrampilan dan mampu berfikir secara kritis dan kreatif bagi memenuhi keperluan negara untuk mencapai kecemerlangan dalam ekonomi yang berasaskan pengetahuan atau jargon semasa, k-ekonomi.

Oleh itu, asas kepada perubahan ini terletak kepada beberapa perkara dan semua orang perlu bersikap terbuka - bukan sahaja masyarakat, tetapi juga guru, para pegawai kementerian, penggubal dasar dan sebagainya.

Kita juga sering mendengar rungutan tentang sikap segelintir pegawai di dalam kementerian yang beria-ia benar hendak mempertahankan kurikulum sedia ada, kononnya yang terbaik - sehingga menutup pintu kepada cadangan oleh pihak luar yang mungkin lebih profesional dan semasa sifatnya.

Parameter pertama di bawah FPK yang perlu mengalami perubahan ialah penyediaan kurikulum yang lebih relevan. Kurikulum perlu diubah suai mengikut keperluan semasa supaya murid memperolehi pengetahuan terkini, mengikuti perkembangan sosial dan menguasai kemahiran yang bernilai dari segi ekonomi.

Kedua ialah penyediaan sistem penyampaian yang berkesan - Sistem penyampaian yang berkesan akan meluaskan pengalaman murid kerana mereka dapat maklumat daripada pelbagai punca maklumat di seluruh dunia dengan menggunakan teknologi yang canggih seperti ICT. Sistem ini juga membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan.

Ketiga ialah penekanan kepada pendidikan agama dan moral. Peningkatan kepada salah laku dalam kalangan pelajar sekolah dan gejala sosial dalam masyarakat memerlukan penerapan nilai agama dan moral pada semua peringkat pendidikan diperkukuh dan memastikan nilai baik dapat dihayati dalam semua aspek kehidupan.

Sebagai tambahan, pemupukan semangat patriotik perlu dipupuk melalui semua mata pelajaran. Pemupukannya juga dapat dilakukan melalui aktiviti kokurikulum dan khidmat masyarakat.

Pemupukan semangat patriotisme bertujuan untuk melahirkan murid yang mempunyai semangat cinta- kan negara dan berbangga sebagai rakyat Malaysia. Selain pembangunan insan, pendekatan strategik juga seharusnya berfokus kepada pembangunan sumber pendidikan serta penyelidikan dan pembangunan.

Setelah memahami kandungan FPK, marilah kita bertanya, sama ada UPSR - juga peperiksaan awam lain - telah mencapai gagasan membangunkan modal insan yang kita impikan itu.

Kalau belum, mengapa tidak kita ganti sahaja dengan yang lain. Mungkin perubahan dalam sistem pendidikan kelak umpama banjir besar - menghanyutkan terus sistem lapuk dan orang yang enggan berubah di dalam laluannya.

Kelas 2020: Sekolah lemah dipantau

Kelas 2020: Sekolah lemah dipantau


SEKOLAH akan dikelompokkan mengikut prestasi bagi membolehkan apa sahaja inisiatif di bawah program penambahbaikan sekolah dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. - Gambar hiasan

KERAJAAN akan membantu sekolah yang kurang berdaya maju untuk melaksanakan impian kelas 2020, melalui program penambahbaikan pencapaian sekolah, dengan fokus memperbaiki pencapaian pelajar, dan menjadikan semua sekolah berprestasi tinggi menjelang tarikh keramat itu.

Bagaimanapun, sekolah yang telah menjalankan program penambahbaikan diminta meneruskan inisiatif mereka. Dalam kes ini, program penambahbaikan sekolah akan membantu memudahkan program sedia ada oleh pihak sekolah.

Ke arah itu, satu sistem pengumpulan data berpusat dan mekanisme bantu kendiri akan diperkenalkan bagi membolehkan guru menjejak dan mencapai maklumat tentang pencapaian sekolah masing-masing, dan apakah langkah yang boleh dilakukan untuk menambah baik.

Program itu yang dilancarkan baru-baru ini, bertujuan menangani isu kritikal tenaga kerja yang mampu berdaya saing - khususnya dalam mengejar impian menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

Program penambahbaikan sekolah ini akan menjadi asas kepada usaha untuk semua sekolah mencapai standard sekolah berprestasi tinggi.

Semua pengetua dan guru besar akan diberi kuasa autonomi untuk mengurus tadbir sekolah, mengurus sumber yang sedia ada dan menghasilkan pelajar seperti mana yang diharapkan.

Program penambahbaikan sekolah terdiri daripada tiga elemen, yang akan dilaksanakan mengikut urutan berikut:

1. Pengkelompokan - Sekolah akan diberi penarafan mengikut kelompok pencapaian. Antaranya mengikut Piawaian Gred Purata Sekolah (GPS) dan Piawaian Kualiti Pendidikan Malaysia (SQEM). Status ranking ini akan dimaklumkan kepada sekolah pada setiap tahun.

2. Perkakasan penambahbaikan sekolah - Data keperluan khusus sesebuah sekolah akan dikumpul, membantu pentadbir sekolah membuat keutamaan dan perancangan, dan memudah cara; diskusi berterusan antara pihak sekolah dengan Jabatan Pelajaran Negeri.

3. Talian khidmat - Mengenal pasti ruang yang perlu diperakui berdasarkan bukti yang telah dikumpulkan, akan disalurkan dari Kementerian Pelajaran kepada sekolah, dengan sasarannya ialah para pengetua, pelajar dan ibu bapa - selain infrastruktur.

Sementara program sekolah berprestasi tinggi bertujuan meletakkan tahap sekolah pada satu kedudukan yang cemerlang, program penambahbaikan sekolah ini pula bertujuan meningkatkan mutu semua sekolah, serta menghubungkan segala inisiatif yang ada di KPM, seperti inisiatif baru kepada pentadbiran sekolah, program literasi dan numerasi (LINUS) serta transformasi kurikulum.

Program penambahbaikan sekolah lebih bersifat berpusatkan sekolah. Hal ini bagi membolehkan pengetua atau guru besar memiliki kuasa autonomi untuk melaksanakan program penambahbaikan - sama ada berkaitan hal pentadbiran sekolah atau penambahbaikan program keguruan masing-masing.

Program kali ini bukan lagi berfokus kepada kawasan atau sekolah tertentu. Program ini akan meliputi 10,000 buah sekolah di seluruh negara.

Pengenalan kepada inisiatif pengkelompokan sekolah adalah sebahagian daripada kelancaran program inisiatif dan tawaran baru kepada pengetua dan guru besar, dengan mutu perkhidmatan mereka menjadi pertaruhan.

Di bawah program penambahbaikan sekolah, pengkelompokan memberi gambaran kepada pencapaian sesebuah sekolah dan memudahkan untuk dibantu.

Kerajaan kini menggalakkan Sekolah Berasrama 1Malaysia dengan menjadikan sekolah berasrama semasa lebih berciri pelbagai kaum dalam komposisi pelajar dan menubuhkan sekolah asrama berkualiti tinggi yang terbuka kepada semua.

Selain itu, dokumen Program Transformasi Kerajaan juga mahu institusi latihan perguruan menyediakan guru yang mempunyai pengetahuan, daya kesedaran dan kemahiran yang menjadikan mereka sensitif terhadap latar belakang pelajar yang berbeza-beza dan menangani perhubungan antara kaum dalam kaedah yang positif dan proaktif.

UPSR & PMR DI MANSUHKAN (PERBINCANGAN)

PUTRAJAYA 31 Julai - Hasil perbincangan dua meja bulat mengenai cadangan pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) minggu lalu akan diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri sebelum hujung Ogos ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, buat masa ini, semua hasil perbincangan tersebut, termasuk laporan akhbar serta e-mel daripada orang ramai mengenai cadangan pemansuhan itu sedang diperhalusi.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

''Kita tengah menyediakan laporan untuk Menteri Pelajaran (yang juga Timbalan Perdana Menteri) dan sekiranya ia berjalan lancar, laporan itu akan siap sebelum akhir bulan depan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri ke-37 di sini, hari ini.

Pada majlis itu, beliau turut menerima tajaan bagi pertandingan itu sebanyak RM165,400 daripada Bank Kerjasama Rakyat Berhad (Bank Rakyat).

Sementara itu, mengenai pertandingan tersebut, Sekolah Sultan Alam Shah (Putrajaya) menjuarai bahas Bahasa Inggeris manakala bagi Bahasa Melayu pula dimenangi Sekolah Datuk Abdul Razak (Seremban, Negeri Sembilan).

Masing-masing membawa pulang piala pusingan dan wang tunai sebanyak RM4,000.

Pembahas Terbaik bagi Bahasa Inggeris dimenangi oleh Muhammad Aiman Sabeh Mohd. Shahib dari Sekolah Tuanku Abdul Rahman (Ipoh, Perak) manakala Adzlan Qushaimi Jamaludin dari Sekolah Datuk Abdul Razak pula sebagai Pembahas Terbaik Bahasa Melayu.

Kedua-duanya membawa pulang wang tunai RM1,000 dan sijil penyertaan.

Monday, July 26, 2010

KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH

Khutbah Terakhir Rasulullah SAW

Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.

(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)

Wednesday, March 31, 2010

TEKNIK MENJAWAB GEOGRAFI KERTAS DUA

TEKNIK MENJAWAB GEOGRAFI KERTAS DUA

Kertas dua Geografi mengandungi 2 bahagian yang perlu dijawab. Iaitu


BAHAGIAN A : MALAYSIA
BAHAGIAN B : MALAYSIA DAN DUNIA LUAR.

PERUNTUKAN MARKAH.

Peruntukan markah dalam kertas dua geografi adalah seperti berikut:


Soalan yang dikemukan sebanyak 8 soalan kesemuanya.
Perlu dijawab 4 soalan, dua dari bahagian A dan dua dari bahagian B.
Setiap soalan diperuntukan 25 markah.
Empat soalan dijawab semuanya 100 markah.
Markah keseluruhan kertas ialah 60 % daripada markah Geografi.

BIDANG-BIDANG YANG DIBERIKAN MARKAH

Terdapat beberapa aspek yang akan diberi markah oleh pemeriksa bergantung kepada
skema markah dari Lembaga Peperiksaan.

Markah akan diberi kepada aspek-aspek


ISI
HURAIAN ISI
CONTOH

Pelajar-pelajar boleh mendapat markah lebih jika sekiranya dapat menyenaraikan
contoh yang disertakan dengan isi dan huraian isi. Lihat contoh soalan di bawah:

1. Apakah sebab-sebah yang mendorong pelancong datang ke negara kita
Malaysia?

Contoh Jawapan:


Malaysia mempunyai pantai-pantai yang cantik dengan permandangan

yang menarik. [isi]


pelancong-pelancong boleh berehat dan menyelam,berenang dan bermain

luncur air. [hurian isi]


Seperti Pantai Desaru, Pantai Cahaya Bulan dan Pantai Tanjung Aru [contoh]

Pelajar-pelajar boleh mendapatkan markah tambahan jika dapat menyenaraikan senarai contoh (sekurang-kurangnya tiga contoh).

Walau bagaimanapun perlu diberi perhatian contoh yang pertama MESTI betul. Contoh


Pantai Desa Ru,Pantai Cahaya Bulan dan Pantai Tanjung Aru. [2 markah]
Pantai Desa Ru, Pantai Miami dan Pantai Tanjung Aru.{1 markah]
Pantai Miami,Pantai Cahaya Bulan dan Pantai tanjung Aru.[0 markah]

Markah tidak akan diberi kepada jawapan yang umum,tidak sesuai,samar-samar,
negatif dan isi yang diulang semula.Misalnya:


Cuaca yang sesuai menggalakan perlancongan di Malaysia [umum]
Cuaca ini pula sering membawa pelbagai penyakit [negatif]
Penduduk Malaysia hanya meraikan satu perayaan sahaja [salah]
Matawang yang rendah berbanding negara-negara lain [samar-samar]

BENTUK-BENTUK SOALAN

1. Soalan Bentuk Faktor/Pengaruh.


Soalan dalam bentuk ini adalah yang paling sukar dijawab dan mudah terpesong

dari kehendak soalan.


Memerlukan cara menjawab yang tersendiri.


Contoh soalan faktor:

a. Huraiakan faktor-faktor yang mempengaruhi perikanan di Malaysia.
b. Bagaimana faktor-faktor geografi mempengaruhi perlancongan di Malaysia

Contoh-contoh soalan di atas menunjukkan, ianya meminta pelajar-pelajar menghuraikan
bagaimana/kenapa/mengapa sesuatu fenomena geografi menjadikanya sedemikian.

Faktor-faktor geografi ialah:

a. Faktor Fizikal


Bentuk muka bumi.
Iklim
Tanah
Sumber alam

b. Faktor-faktor Manusia


Pasaran
Teknologi
Modal
Tenaga buruh
Pengangkutan
Galakan kerajaan
Sejarah

Jawapan pelajar-pelajar harus mengandungi:


Jenis aktiviti + lokasi + faktor-faktor.

2. Soalan Berkaitan Dengan Peta

Terdapat 2 bentuk soalan peta:

a. Peta sebagai pecahan daripada satu soalan.
soalan yang biasa dikemukakan:

i. menanda dan menamakan
ii menandakan sahaja
iii menamakan sahaja
iv melorekkan

I. menanda dan menamakan:


ketepatan dalam lingkungan 2m dari tempat asal.
tanda yang terlalu besar tidak akan diterima.
tanda betul + nama betul=2m
tanda betul + nama salah=1m
tanda salah + nama betul=0m

II melorekkan


jawapan dalam bentuk titik tidak akan diterima.
ketepatan di antara 50-100%.
lorekan bertindih bagi kegiatan berlainan diterima.
lambang/abjad/huruf tidak akan diterima
lorekkan mesti ada petunjuk.

b. Peta Lakar Sebahagian Daripada Jawapan.

3. Soalan Dalam Bentuk Data

Terdapat dalam dua bentuk data tersirat dan data tersurat.

a. Data Tersirat

Teknik menjawab esei sejarah

Teknik Menjawab Soalan Esei Mengikut Skop Soalan

1. Soalan Aras 1 ;
Apakah …..
Mengapakah …..
Bagaimanakah …..
Sebutkan …..
Nyatakan …..
Jelaskan….

Persembahan isi memerlukan : FAKTA sahaja. Huraian / Contoh tidak diperlukan

CONTOH Soalan : Nyatakan kedudukan Firaun dalam organisasi sosial masyarakat Mesir Purba.
F1 - Raja 1M
F2 - Berkuasa mutlak 1m F3 - Menjadi raja secara warisan 1m
F4 - Dianggap suci 1m
F5 - Jelmaan Tuhan Horus 1m F6 - Dipercayai Anak Tuhan Matahari / Amon-Re 1m
F7 - Ketua Pendeta 1m
F8 - Ketua Hakim 1m
F9 - Ketua Pahlawan 1m F10 Pemilik tanah

Contoh penulisan Esei ;
Kedudukan Firaun di dalam Organisasi Mesir Purba adalah Sebagai Raja, Firaun juga mempunyai kuasa Mutlak.
jawatan Firaun adalah secara warisan daripada Firaun kepada anaknya.
Firaun juga dianggap suci, beliau adalah jelmaan tuhan Horus.
Firaun juga dipercayai sebagai Anak Tuhan Matahari atau Amon Re.
Kedudukan Firaun di dalam organisasi Mesir Purba juga adalah sebagai Ketua hakim
Firaun juga dianggap sebagai Ketua Pahlawan dan pemilik Tanah.

Nota geografi F4

http://www.mediafire.com/?kyczym2dz0t


http://www.mediafire.com/?vw2yi5midny


http://www.mediafire.com/?q42yzz1jmjy
http://www.mediafire.com/?ju0qttd5mrm
http://www.mediafire.com/?4dytvwzmzjd
http://www.mediafire.com/?jmdynwwy20y

http://www.mediafire.com/?zzynjnyqmmm


http://www.mediafire.com/?dnznmvjdncb

http://www.mediafire.com/?uzxyamnjlzz

http://www.mediafire.com/?myx2n5ndv4v

http://www.mediafire.com/?e2onrymnnwn

http://www.mediafire.com/?lytjzdh2dmw

http://www.mediafire.com/?z4awoztkyjz

http://www.mediafire.com/?jtgybemruzt