Guru

Dahulu.....
aku dididik oleh insan guru,
dahulu.....
aku diajar tentang hidup oleh insan guru
dahulu....
aku diberi ilmu oleh insan guru
kini.....
aku sebagai insan guru.....
mampukah aku melahirkan insan yang lebih baik dari aku?

Saturday, January 30, 2010

Pesan seorang insan dari seorang insan guru

Philip Crosby said, "Selecting the right person for the right job is the largest part of coaching." and according to John G Agno,"Coaching helps you develop your leadership skills, clarify your values and guiding principles and build your reputation."

Cuba adaptasi dalam kehidupan kita, cerminkan diri anda terlebih dahulu....
adakah anda insan yang terpilih untuk kerjaya ini (guru)? jika ya, latihlah diri anda..
cari di mana kelebihan dan kekurangan anda....
cuba bangunkan kelebihan yang ada pada diri anda dan kurangkan kelemahan....

Kata-kata seorang insan guru untuk insan guru(novis) :
"Ambil pendekatan bersederhana dlm banyak hal, bertolak ansur, tahu cara berkomunikasi dgn baik, berfikiran positif dan punyai jati diri dan semangat yang kuat dan kental, di samping berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT.."
Terima kasih.... di atas pertemuan yang singkat ini

Kenangan DPLI UMS 2009/10

Bermula 22 Jun 2009, kami menerima surat tawaran untuk mengikuti kursus Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah, kami mula mendaftarkan diri di UMS pada 1 Julai 2009. Pertemuan yang singkat selama 7 bulan itu amat bermakna bagi kami. tanggal 28 Januari, tarikh gambar ini di ambil, maka tamat sudah ujian terakhir kami dan kuliah kami. pada 8Februari 2010, kami semua akan mengikuti Latihan Mengajar selama 3 bulan. Ana akan memulakan kerjaya ana di sekolah SMK Kunak, Sabah bersama sahabat ana penduduk tempatan.
Ana berharap, semua sahabat ana akan sentiasa mendapat yang terbaik dan berjaya dengan sukses dalam latihan ini.